Jom dok dgar tazkirah!!!

Saturday, May 12, 2012

Lame gilerr x update..Dah berhabuk kowt..!!!

Salam...oppss....weyh..korg nk tau x..yg aq nih dh x 8tive ngn blog aq nih..kakk aq sowg tuh pnye la smgt kebebeyh update her blog..aq nih..cam xde bog pown xpe..tu la..mngade ngade sngt nk wat..pe dh jadi da..anyway..aq nk gtau..yg aq nih bru je sehat dri ayam pox..ha??!!x tau??demam cmpk la bhse trdisi nye..huhu..my mom said pnyakit nih pusaka..chopp...bkn puaka tau..P.U.S.A.K.A.!!!argghh..wat so eva la..aq x kesah..aslkn aq dh sehat..ALHAMDULILLAH la.. hahaXD..spnjg aq dok kt rmah dlm 2 mnggu la..aqx la sorg2 sngt.ade la kwan aq yg sudi tmankn aq..hahaXD..lolz..dye pon senanye bosan gak xde kwan kt skoolo dye..huh..




Senanye skunk mnggu PPT kot..sume skool srntk..!!aq sorg je KOT . yg x amik prikse for sevral day je....yg laen aq amik kot..ahhakkksss.....no comment boleyy ke x..xtau agy kay..jgn plak slahkan aq..bkn aq nk skit ni..so..aq hrap S/U Ppriksaan kasi can la kt aq utk jwb prikse..Ameen..bnyk cite yg nk aq tulis..tpi agk2 ar der...aq bknnye rbot kay..i'm a human..!!haha..lek suda..pe2hal..doakn aq mdah hafaz..blajar..n dlm ppt n sng sume hal dlm hdop aq ler..insyaAllah kay..huhu..;)

Wednesday, August 17, 2011

Trial owwhhh trial...

Alhamdulillah...dah 5 paper jwab..esok Math!!!n KHB..x tau la ape yg nk djwab nnty..pepown dh study ngan ulngkaji gune My star!!!boleyy ar..soaln mncbr gax...cuak gax x tau dpat bape nnty..ana nak 9A!!!Insya'Allah boleh..pepown doakan ye kwan ana kat MITIB nih dpat kputusn yg dorng nk..Fighting!!!

Tuesday, June 21, 2011

MiTiB oh MiTiB...

Salam semua...haiya,ni dh nk kene balik sk00l nih..dh appoinment ngan dctor..sakit kowt kene akipuntur..huhu...brbkas tgan ngan 30 jarum..huhu...rindu plak ngan kwan2 kt MiTiB..n nk smbng study balik....for my target 9A!!!

Thursday, June 9, 2011

Di manakah aku sebenarnya di sini di mata mereka???

Masa berlalu sudah hampir 3 tahun aku menetap di sini...namun masalah tidak pernah betah menjenguk datang..lepas pula banjir,badai yang datang menimpa..aku tiada kekuatan untuk menghadapinya sebatang kera..aku butuh bantuan dan pertolongan apatah lagi kasih sayang yang sangat aku harapkan wahai teman...bantu aku..jangan tinggalkan aku keseorangan di belakang!!!pimpin tangan aku bersama kamu semua wahai teman..maafkan aku jika tingkah lakuku mencubit hati dan perasaanmu wahai teman...kebahagiaan dan ketenangan aku harapkan tetapi lain dipinta lain yang datang pula wahai temanku yang aku sayang...akan ku buktikan kepada kamu semua wahai teman yang aku juga bisa duduk sama rendah diri sama tinggi...akan aku buktikan tidak kira lambat ataupun kencang..Bersabarlah Wahai Temanku Yang Disayangi...

Sunday, April 17, 2011

Panggilan MITIB

pejam celik pejam celik dh 2 ari kt rumah..trase kjap je cuty nih...pepun alhamdulillah dpat jgak balik..huhu..ade byak lagi tugsan yg msih blom smpurne yg kne buat..study sudh smestinye...tpi cuty 2 arini trase kosong plak..x tau nape..mgkin sbab x de org yg boleyy aq lyan n brchatting kowt...rindu ar plak bgan someone nih..besenye mse cuty on..tpi x taw nape skunk x lgi mcm mse dlu..huhu..x pe2..pepun aq msti kuatkn smngat untuk 9A PMR!!!xkn coz dye x de aq jdi lmah kn..x gitu??

Saturday, April 16, 2011

Carilah Teman Sebagai Cermin Diri

Selain cermin mati di rumah kita, kita perlukan cermin hidup utk melihat wajah kita, utk melihat siapa kita, utk menilai siapa kita. Cermin hidup ialah insan yg
kita yakini, yang boleh memberikan jawapan dan gambaran siapa kita, apa kita, bagaimana kita di khalayak sebenarnya.
Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yg sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau ada sifat buruk di sebalik wajah yang cantik ataupun yang handsome itu, bolehkah cermin mati beritahu kita? Jawapannya TIDAK.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita,
kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan
macam-macam lagi.
Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan
hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu,
tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa
kita akan menolak dia.

Maknanya cermin hidup kita ini seorang yang jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.

Saturday, March 19, 2011

Rahsia jari korg sume..!!!

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??




Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Nak bercinta ke???Checklist dulu...:)

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Seorang gadis itu…








Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, Tercipta dari tulang rusuk adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aroma mu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah yang mengundang kekaguman terhadap sang kumbang tetapi awas, duri yang melingkari bias membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt dan hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu’. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah adalah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya…

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir mutiara yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam sesuatu bekas yang tertutup, sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembungyi itu melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam… Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dengan gelaran gadis yang kau miliki. Sudah pasti darah muda mu mencabar rasa keimanan yang ada… Namun, ingatlah wahai gadisku.. Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting gadisku, kau mesti punyai azam, usaha dan istiqamah…

Gadisku…akuilah hakikat bahawa dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malu mu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya, Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kau lelaki, selain fitnah yang berpunca dari wanita…”

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaian mu hendaklah berpaksikan kepada Al-Qur’an dan Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggongcangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.

Buat akhirnya, sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Terimalah kata-kata seorang Sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama…

“Cintakan manusia itu tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri…”

Moga-moga kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti diri kita sebagai muslim. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Saya mahu jadi muslimah yang lebih baik setiap saat!!!! InsyaAllah…

Friday, March 18, 2011

Ape2 pown boleyy...

Salam!!!kite brsua lagi nmpknye...dh lme ke tggu???x lme lah..bnykkan brsbar ye..kn ade hadis mnyatakan bhwa 'sabar itu separuh daripada Iman',btul x???ckap2 ni,dh prepare ke nk study semule??kn sekolah dh nk buka,jdi prepare2kn lh dri kowg masing2 nye..!!!ha!!bru ingat..pas msuk skool trus periksa kan??haiya..cuak gak nk PMR...Ust Raof dh mntak gmbr,,ni mnandakn PMR mmg dh dkat sngat...cuak!!!pepun,dh usaha,Allah x kn mnzalimi hmbanye tau..klau kite usaha stakt tu je,Allah pown kasi tkat tu je la...jadimjgn slahkn tkdir klau natijah kita x dpat ape yg kite impikannye kwan2!!!Alamak..!!!cite feveret ana dh start la..nnty klau ade mse,kite bersua lagi ye...Aniyong!!!